Wednesday, January 28, 2009

LAWAK JEPUN...(best)


kisah di atas ialah mengenai pelajar jepun yang belajar bahasa inggeris..
sesiapa yang ketawa akan dikenakan hukuman...saksikan gelagat mereka...





ni pulak mengisahkan tentang org jepun yg perlu melafazkan sesuatu ayat dgn cepat dan tepat...
sekiranya salah akan dikenakan hukuman yang TERAMAT LA PERIT...amat seksa...
SAKSIKAN BAGAIMANA MEREKA MENAHAN DUGAAN HUKUMAN ITU....HAHAHAHA







ni pulak pasal pelajar sekolah yang dipaksa oleh cikgunya utk melihat aksi seorang ahli gymnasium yang menggayakan kesasaan tubuhnya...sekiranya sesiapa yg tergelak maka hukuman menanti mereka...SEMOGA MEREKA BERJAYA

lawak eksiden

Ada seorang pompuan , masa tu dia sedang berhenti ditepi jalan sambil melihat keadaan keretanya yang kemek. Hari dah nak masuk maghrib, dia menjadi semakin resah. Dah lah jalan tu sempit, lampu jalan tak de pulak.

Tiba-tiba datang sebuah motosikal datang dari arah bertentangan. Dah lah tak pasang lampu, tak pakai topi keledar.. laju pulak tu.. macam pelesit. Perempuan tu apa lagi, dia terus menjerit ” Hoi.. Babiiiiiiiii……. Slow sikit…..”

Bila mendengar laungan perempuan tu, apa lagi, penunggang motosikal tu pun menjerit balas .. “Celaka!!!!! B***H!!!, KURANG CERDIK!!!”..” Bagerooo…” sedap jer cakap babi….”

Selang beberapa saat.. tiba-tiba terdengar satu dentuman yang kuat…. Perempuan tadi berlari ke arah bunyi dentuman tersebut.. Apabila sampai ke sana, kelihatan budak tu terpelanting dalam semak manakala motosikal nya remuk sama sekali.

Rupa-rupanya, dia dah langar babi yang telah dilanggar oleh perempuan tadi.

Moral of the Story : Hoi babi!!!!!!!! slow skit!!!! tu bukanya marah… tapi nak bagi tau jer…. yang ada babi tergolek kat depan…. hehehehehehe

SAPE LAGI BERSIH

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.

Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing
basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki
ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.
Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?
Peramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali
dalam sehari.
Ulamak: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.

kebijaksaan yg .....

Pada suatu hari, seorang raja yang mempunyai seorang puteri yang sangat cantik, ingin mencari seseorang untuk dikahwinkan dengan anaknya. Maka raja tersebut membuat satu pertandingan kepada semua rakyat-rakyat nya.

Pada keesokan harinya, beliau telah memanggil semua rakyat untuk berkumpul dihadapannya. Orang ramai berasa pelik melihat seekor gajah yang besar berada di hadapan mereka. Maka raja tersebut berkata

"Barang sesiapa yang dapat membuat gajah ini terduduk walau dengan apa cara sekalipun, orang itu akan dapat berkahwin dengan puteri kesayangan beta".

Maka dengan itu, seorang semi seorang mencuba nasib untuk mendudukkan gajah tersebut. Cara demi cara mereka yang mereka lakukan tetapi masih tidak dapat mendudukkan gajah tersebut. Tiba-tiba seorang pemuda yang berbadan kurus tampil untuk mencuba nasib mendudukkan gajah tersebut. Pemuda tersebut tidak membuangkan masa, dia berdiri di belakang gajah itu. Dengan berbekalkan sebuah lastik ditangannya beliau melastik telur gajah tersebut. Gajah itu pun menggelupur dan meraung kesakitan lalu terus terduduk. Raja tersebut tergamam melihat kebijaksanaan pemuda tersebut. Raja itu berkata

"Bagus!! Kamu sungguh bijaksana".

Raja tersebut skali lagi ingin menguji kebijaksanaan pemuda tersebut, lalu beliau terfikir satu idea.

"kalau betul kamu adalah seorang yang bijaksana, beta mahu kamu gelengkan kepala gajah tersebut". kata raja itu.

Pemuda itu berfikir sejenak dan mendapat satu cara. Pemuda itu mendekati gajah tersebut lalu berbisik di telinga gajah itu, dengan pantas gajah itu menggeleng. Raja itu berkata

"Beta tak sangka kamu memang sungguh bijak. Dengan ini, kamu layak berkahwin dengan puteri beta".

Beberapa minit kemudian, raja tersebut bertemu dengan pemuda tersebut dan bertanyakan apa yang pemuda itu bisikkan di telinga gajah tersebut. Pemuda itu dengan tenang menjawap "Kau nak aku lastik telur kau lagi tak?" Raja itu terus ketawa.